Bismillah,
MITOS #1: SENAMAN SIT -UP ATAU CRUNCHES UNTUK DAPATKAN 6 PACKS
Apa yang kita selalu dengar, senaman seperti sit-up dan
crunches akan bakar lemak di bahagian perut, bina otot
abdominal dan sebagainya. Okay, sila baca dan FAHAM.
semua yang anda “dengar” itu SALAH. YUPP! SALAH! Senaman
sit-up dan crunches hanya akan menguatkan otot perut anda
sahaja. Semua orang ada 6 packs atau ABS, pedulikan
sama ada 6 packs anda nampak atau pun tidak, pedulikan
sama ada 6 packs anda nampak ataupun tidak.
Satu-satunya cara untuk bagi 6 packs anda “terkeluar” atau
boleh dilihat adalah dengan melakukan SEMUA senaman
dengan form yang baik dan diet yang betul dan konsisten.
MITOS #2: ANDA WAJIB BUAT CARDIO BERJAM-JAM
UNTUK BAKAR LEMAK
Senaman cardio yang lama dan perlahan sangat bagus
mengikut kepada “goals” individu. Jika anda hanya nak
dapatkan berat badan ideal dengan turunkan peratus lemak
dalam badan, anda mungkin tidak perlu melakukan senaman
cardio sebanyak dan selama yang anda fikir.
Apa yang anda perlu lakukan? Cukup dengan rutin senaman
yang betul dan efektif serta diet yang betul dan konsisten.
Walaubagaimanapun, jika anda bertanding untuk
pertandingan Badan Cantik, Bina Badan atau anda ada sesi
photoshoot, cardio wajib anda lakukan untuk hilangkan
lemak-lemak degil di belakang kulit.
Kawasan lemak degil untuk lelaki adalah di bahagian lower
abs dan lower back manakala bagi wanita pula di bahagian
pinggul dan peha.
Selepas anda diet (12-15 minggu) anda akan perasan bahagian
tersebut yang akan paling lambat hilang lemak. Anda kena
mula fikirkan untuk gunakan treadmill untuk bawa senaman
cardio anda ke level yang lebih intense.
MITOS #3: PROTEIN SUPPLEMENTS HANYA UNTUK BINA OTOT
Gambar-gambar lelaki berbadan besar dengan urat penuh di
badan sambil pegang shaker cup protein di majalah dan social
media pasti buat anda “takut” dan fikir protein hanya untuk
bina otot jadi besar macam gergasi.
Itu semua iklan dari company-company supplement untuk
menggemparkan marketing mereka. Supplement membantu
untuk mencapai keperluan protein harian anda dan juga ia
sangat membantu untuk memberi tenaga ketika bersenam
dan tenaga selepas bersenam. Ketahui jumlah keperluan protein anda!
No comments:
Post a Comment