Bismillah.
Tinggal satu bulan lagi utk end of this year. Lepas tu, another year ends and another is about to begin. For many it is a psychological boost to end/start something. For some it's just another day, same as the previous day. However anyone takes it, there is still an atmosphere of fun generally. People planning parties, sales events going on, people travelling, relaxing, "lepaking". All indicators for the next year is that it is going to be super busy. I am not complaining, I like being super busy terutamanya dengan perkara berkaitan Herbalife.
Ok, tadi lepas selesai solat jumaat, balik rumah, have just finished my lunch of tomyam campur while doing my Herbalife DMO ( Daily method operation) which is talking about herbalife dekat facebook friends. Bila tekan HOME dkt FB aku ternampak satu benda yg menarik perhatian aku iaitu:
Lagi...
Tinggal satu bulan lagi utk end of this year. Lepas tu, another year ends and another is about to begin. For many it is a psychological boost to end/start something. For some it's just another day, same as the previous day. However anyone takes it, there is still an atmosphere of fun generally. People planning parties, sales events going on, people travelling, relaxing, "lepaking". All indicators for the next year is that it is going to be super busy. I am not complaining, I like being super busy terutamanya dengan perkara berkaitan Herbalife.
Ok, tadi lepas selesai solat jumaat, balik rumah, have just finished my lunch of tomyam campur while doing my Herbalife DMO ( Daily method operation) which is talking about herbalife dekat facebook friends. Bila tekan HOME dkt FB aku ternampak satu benda yg menarik perhatian aku iaitu:
curi gambar ni dari Kak Farahouri( kwn herbalife)
Apa yang menarik dekat gambar ni sehingga membuatkan aku tertarik nak post new entry dekat blog adalah perkara yg pertama sekali tu berkenaan "Kegagalan". Sebaik sahaja aku nampak tu aku terus teringat buku motivasi pertama yang aku beli masa umur 18tahun dulu (3 tahun dulu). Ada kisahnya aku beli buku ni juga, time beli buku ni aku teman along pergi shopping konon-kononya, walhal dia nak pergi pusat pelangsingan "LWM" hehe, disebabkan aku bengang tunggu berjam-jam aku pergi kedai popular dekat mahkota parade, nmpk buku ni terus mintak along duit nak beli..hehe, macam mana pon along sekarang pengguna HERBALIFE, dia dah turun lebih 4kg.
buku ni aku dah khatam 2kali, tahun lepas aku bagi pinjam dekat bekas business partner masa jual perfumes dulu iaitu Arwahyarhammah kak darmawati& suami dia( owner kedai perfumes dekat Pasaraya Bintang, Cheng. Sekarang pindah dekat Tesco Cheng). Al-fatihah utk kak darma. Hamba Allah yang sangat baik yg pernah aku kenal. Sekarang buku ni ade dekat kawan herbalife aku, Asia Husin. Dia pon dh habis baca aku rasa.. hehe. Buku ni agak tebal sebab ada lebih kurang 362halaman. Tapi intipati buku tu sangat best. Sampai sekarang, bila setiap kali aku rasa macam nak "give up"/ "down"/ rasa gagal gila. Aku akan teringat apa yang aku baca dan dapat dalam buku ni.
Antaranya:
"Kegagalan itu merupakan peluang untuk bermula semula dengan lebih pintar."- Henry Ford
"Janganlah memanggilnya suatu kesilapan, panggilah ia suatu pendidikan." -Thomas Edison
"Aku berjalan sebatu bersama Kebodohan,
Membebel sahaja dia sepanjang jalan,
Namun tiada apa yang aku belajar daripadanya,
Meskipun begitu banyak yang dia memperkata!
Aku berjalan sebatu bersama Kedukaan,
Tidakpun dia bertutur sepatah perkataan,
Tetapi aduh, perkara-perkara yang aku pelajari di hari itu,
Tatkala Kedukaan berjalan bersama daku!"
Adalah penting sekali bagi kita untuk menyedari bahawa kita sepatutnya belajar meskipun dalam waktu bagus. Dan bagaimanakah kita boleh berbuat begitu?
Dengan sekali-sekala merenungkan waktu-waktu sukar, ketika kita menderita, ketika kita bermurung, ketika segala-galanya seperti menentang kita. Kerana hanya waktu-waktu sukar sahaja yang memberi pelajaran terbaik. -Thomas Edison
Kegagalan bukanlah bererti anda seorang yang gagal
Ia hanyalah bererti anda masih belum berjaya lagi
Ia hanyalah bererti anda masih belum berjaya lagi
Kegagalan bukanlah bererti anda tidak mencapai apa-apa
Ia sebenarnya bererti anda sudah mempelajari sesuatu
Kegagalan bukanlah bererti anda seorang bodoh kerana mencuba
Ia bererti anda berani, anda berhati teguh,
bersemangat waja- berbanggalah dengan diri anda
Kegagalan bukanlah bermakna anda tidak akan berjaya
Ia hanyalah bermakna anda memerlukan sedikit masa
Kegagalan bukanlah bermakna anda kecundang
Ia hanyalah bermakna anda berpeluang untuk bermula semula; mencuba sesuatu yang baru
Kegagalan bukanlah bermakna Allah telah meninggalkan anda
Ia hanyalah bermakna DIA mempunyai rancangan yang lebih baik
Jadi benarlah, kegagalan itu tidak pernah muktamad.
Selain itu...
" Jika anda masih mampu mencuba selepas tiga kegagalan anda bolehlah mempertimbangkan diri anda sebagai calon bagi peranan kepimpinan dalam jawatan anda masa kini. Jika anda masih mampu mencuba selepas belasan kegagalan, benih kebolehan luar biasa sedang bercambah dalam diri anda.- Billi Lim
Alhamdulilah, bila aku selalu mengingatkan dekat diri aku untuk beli buku-buku personal development, secara tak disengajakan/ minda bawah sedar, aku cepat tukarkan aura negatif kepada positif. Sebab tu penting tahu buku apa yang kita baca. :) Memang aku akui, agak sukar nak membiasakan untuk baca buku-buku motivasi yang tebal halamannya sebab rasa macam orang tua, rasa cam terlalu awal nak selak-selak buku macam tu. hahaha. Sebab aku sendiri dulu pon peminat tegar "UJANG" dan komik-komik serta penonton setia dragon ball, power rangers , kamen riders& etc. haha. Tapi tak salah jika adakan 1/ 2 buku-buku yang memberi inspirasi. Sejak akhir-akhir ni aku akan pastikan setiap bulan kena ada 1/ 2 buku personal development/ buku berkaitan agama yang baru untuk recharge kenegative-an aku. Rasanya ini sahaja yang aku dapat tulis. :)
-Semoga bermanfaat-
No comments:
Post a Comment